Taubat ape itu erti taubat?
Taubat ialah menyesali sesuatu kesilapan yang telah kita lakukan dan berjanji tidak akan mengulangi kesalahan tersebut.
Bilakah kita perlu bertaubat?
Adakah kite perlu bertaubat bila kita sudah bersedia untuk meninggalkan semua maksiat dan terus mendekatkan diri pada Allah?
Mungkin yea,mungkin tidak.Tidak semestinya kita harus tunggu diri kita sudah siap untuk bertaubat baru kita nak bertaubat....Bayangkan kita telah melakukan maksiat tetapi kite tidak bertaubat dan tiba2 kita dijemput oleh Allah untuk kembali kepadaNYA....
Tidakkah rugi kita?adakah anda mahu diri anda dijemput dalam keadaan anda berdosa?Fikir2kanlah..
Kita tidak tahu bilakah kita akan menemui ajal?? Kita tidak tahu apakah yang akan terjadi pada kita dimasa hadapan?
Itu semua kerja Allah S.W.T ...
Sebagai seorang islam kita harus sentiasa mengingatkan diri kita daripada melakukan perkara2 yang dimungkar..Dan apabila melakukan kesilapan hendaklah segera bertaubat..Ini adalah kerana lumrah manusia itu sendiri yang tidak boleh lari dari melakukan kesilapan...Apa yang harus kita lakukan adalah segerakan taubat..Allah itu maha pengampun..InsyaAlah suatu hari nanti apabila taubat kita diterima,kita tidak lagi melakukan perkara yang terlarang..Apa sekalipun jangan pernah berhenti memohon keampunanNYA kerana Allah sangat kasih dan pengampun terhadap hambaNYA....
Semoga kita semua mendapat pengajaran di dalam entry ni..segala yang baik itu dtg drpd Allah dan segala yang buruk itu dtg dari sy..
No comments:
Post a Comment