Followers

Thursday, July 14, 2011

Shawl DEnim




shawl denim..cantik dan selesa dipakai.
RM18(Exclude postage)
pink,purple n green-available
berminat email sy Fafa_shawls@yahoo .com
atau visit this blog http://worldsofshawl.blogspot.com/

SHAWL SATIN (ALA2 YUNA)

shawl kain satin RM28 (exclude postage)
pos charge: semenanjung RM6
sabah n sarawak RM9
By hand : mne2 stesen putra lrt
berminat sila email,nama alamat n no hp serta warna yg nak.pembayaran melalui maybank sahaja.
email pada Fafa_shawls@yahoo.com

Monday, June 27, 2011

Biskut bunga cornflakes


Bahan A :

125 gram mentega
50 gram gula halus
1 biji telur
1 sudu besar susu pekat manis

Bahan B :

200 gram tepung gandum
50 gram tepung jagung
50 gram cornflakes (dikisar)

Hiasan :

Kepingan mangkuk kertas
kepingan cornflakes

Cara membuat :
1. Sebatikan bahan A
2. Masukkan bahan B dan gaul hingga sebati
3. Sudukan adunan ke dalam mangkuk kertas. Dihias dengan beberapa kepingan cornflakes agar kelihatan seperti kelopak bunga
4. Bakar sehingga masak dengan suhu 180 darjah celcius lebih kurang 20 minit...

Selamat mencuba :)...saya dah cuba.hasilnya gambar diatas.... :))

Saturday, June 25, 2011

Murni Time!!

Burppp!! alhamdulilah kenyang sangat makan malam nie..Ijo (a.k.a bakal adk ipar) bawak kami adk beradik + maksu g makan kt Murni Discovery....Kedai boley tahan grand tp xdela grand sangat.. Owner die china muslim...Ramai pengunjung restoran Murni..Makanan dan minuman die boley tahan sedap dan banyak...Lastly enjoy da pic :))



Nasi goreng black paperoni

ade bnyk gmbr lg...t update smula...

Shawl & Inner


Inner Cotton
Sehelai RM5 (excluding postage)




Shawl Kedut (cotton)
Sehelai RM15 + Inner RM18 (Excluding postage)






Shawl corak bunga (cotton)
sehelai RM 20 + Inner RM23 (excluding postage)

Sesiapa yang berminat boley email saya Farami_89@yahoo.com ataupun comment disini...

Friday, June 24, 2011

Sepah the winner :)


Akhirnye keputusan siapakah pemenang maharajalawak telah pun diketahui..Tahniah sepah kerana menjadi juara maharajalawak..Sepah memang terbaek n diharapkan sepah terus sukses...Sedikit kecewa sbb ingtkan Jozan juara maharajalawak...tapi xpe even jozan naib juara,jozan tetap juara dihatiku...hehe love jozan :)

Monday, June 13, 2011

penganggur terbaek !!

sy dengan ini mengishtiharkan menjadi seorang penanam anggur yang berjaya!!!!...adess sampai skrg xdpt keje....huhu...cmne ni??duk umah jela jawabnyer...

Thursday, June 9, 2011

Resepi Mee Rojak


Bahan-Bahan :

1 bungkus mee kuning yang kecil
1/2 biji timun
Tauhu goreng
kentang goreng
Telur Rebus dan digoreng

Daun Salad
Tauge

Kuah Rojak

1/2 cawan kacang tanah
2 sudu besar cili kisar( kalau xnk pedas boley kurangkan sedikit mengikut citarasa masing2)
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
2 ketul keledek direbus
1 keping gula nisan / gula terpulang pada korang nak gne gula atau nisan
garam secukup rasa

Jemput2

2 cawan tepung gandum
1 biji telur
1 sudu kecil baking powder
sedikit kunyit serbuk
garam secukup rasa
sedikit air

Cara-Cara menyediakan

1. Panaskan minyak dan tumis bawang merah, bawang putih yang telah dikisar dan cili kisar sehingga naik bau.
2. Kemudian masukkan ubi keledek dan kacang yang telah dikisar tadi...masukkan air 1 gelas dan letak nisan dan garam secukup rasa...
3. Untuk jemput2 satukan semua bahan dan goreng dengan minyak panas
setelah siap potong bahan2 yang lain dan sedia untuk dihidang... :)

Ni resepi kedua yang aku cuba lepas buat kek...pasni nk try buat ape yea????hihi selamat mencuba yea...

Wednesday, June 8, 2011

Resepi Kek Coklat Lembap


Bahan-bahan :

190gm mentega
300gm gula halus (lau xmo manis sgt ley kurangkan sket ikut citarasa masing2)
4 biji telur
1/2 sudu besar vanila
210gm tepung gandum
50gm serbuk koko
1/4 sudu besar soda bikarbonat
1 sudu besar serbuk penaik
250gm air

Cara menyediakan

1. Pukul mentega dan gula halus hingga kembang
2. Masukkan telur satu persatu dan vanila. Pukul lagi.
3. Masukkan tepung, koko, soda bikarbonat dan serbuk penaik yang telah diayak tadi kedalam
adunan.
4. Kemudian masukkan air berselang seli dengan bahan yang telah diayak tadi. Kacau dengan
sebati.
5. Masukkan adunan ke dalam loyang dan bakar selama 1 jam pada suhu 180 darjah celcius...


Selamat mencuba....First time aku cube resepi ni alhamdulilah berhasil...tapi xcantik sgt sbb xcukup bahan tuk hias...pandai2la korang hias kek tu bg lagi cantik...gud luck :))

jangan jaga tepi kain orang!!!

Ya Allah!! ape nak jadi dengan manusia sekarang????suke sangat jaga tepi kain orang...suke sangat bukak aib orang??ape yang korang dapat dengan memalukan orang???dapat dosa lagi adela...kita sebagai orang islam hendaklah menutupi aib orang...Di dalam satu hadis ade mengatakan
" Barangsiapa yang menutup aib orang, maka Allah akan menutup aib kita di akhirat kelak"

( Shahih Sunan Ibn Majah, hadis 2078)

Dalam dunia ni xde yang perfect sebb manusia takkan pernah lari dari melakukan kesilapan..daripada kita mengaibkan orang,mengumpat orang, apa kata kita memberi dorongan, memberi semangat kepada mereka yang pernah melakukan kesilapan...sebelum mengata orang, hendaklah kita muhasabah diri....adakah kita sudah cukup bgus untuk mengata orang? adakah kita ini tidak pernah melakukan kesilapan? tepuk dada tanya selera....

Aku xsukala orang yang macam nie??aku bukan nk kutuk atau ape, mungkin aku sendiri pernah melakukan hal sebegini, tapi aku cube kurangkan...so aku nak ingatkan balik pada diri aku sendiri n pada mereka yang ske bukak aib orang nie....bawak2 bertaubatla...janganla ingat diri kita ni da cukup baek nak judge orang....Ingatla hanya Allah yang berhak menentukan semua ini...ok???
Marila kita sama2 elakkan dari membuka aib orang, mengumpat orang dan perkara2 yang dilarang oleh Allah S.W.T.....Amin.... :))

Maharaja Lawak 10


what???Jozan bottom 3???biar betik??aku rasa antara yang the best sepah n jozan...cmne ley jd bottom 3?tgk jambu ntah pape...duk aaaaaa aaaaa..sakit telinga mendengarnyer...papepun seb baek xde penyingkirankan???aku rase nabil kot patut keluar next ML...huhuhu....lawak yang bosan....huhu...xpela same2 kita sksikan siapakah yang menjuarai ML taun ni......wish all da best to Sepah and Jozan...terbaekkk rrrrrr!!!!

Review Asmara 2


Frust gler tgk ending Asmara 2..Ingatkan akhir sekali Asmara dengan Zahlia...Punyerla nak tgk sangat cter Asmara tu dengan harapan dorg bersama akhirnya tapi tak...Asmara dengan Melati...Melati selamat melahirkan anak..Manakala Ferhad telah mati ditembak polis..Zahlia plak ke UK bersama Tria...mcmtu jela ending die...Hope sgt nanti ader Asmara the movie ke??teringin nk tgk ending yang best....huhu..bley plak mcm tu kan??Ape pun keseluruhan cte Asmara 2 best cume ending jela spoil...huhu....

Jom layan lagu Andai Itu TakdirMu (OST Asmara)

Sinar mata hilang indah sinar
Bagai mengerti rasa
Dan suara
Pergi madah cinta
Namun apaku daya

Chorus
Andai itu takdirmu
Ku dakap redha
Hingga membawa dia
Ke syurga dengan yang Esa
Di sini kan ku
Ku mohon padamu
Doa kau selalu ku setulus kalbu
Ku serah segala padamu
Harapanku satu
Bisa adanya waktu

Berbicara tentang kisah kita
Tercipta penuh makna
Ku terima mungkin akhirnya
Jalani hidup kita

Ulang Chorus

Ku sujud atas kasihmu
Beri petunjuk untukku
Ku percaya
Untuk terus berharap sehingga ku mampu

Di sini kan ku
Ku mohon padamu
Doa kau selalu ku setulus kalbu
Ku serah segala padamu
Harapanku satu
Ada waktu

Ku serah segala padamu
Harapanku satu
Bisa ada kau waktu
Andai itu takdirmu

Terhenti Disini


Sedangku membaca wajahmu
Senyumanmu menggambarkan sesuatu
Jika kau fahami isi hatiku
Ku tak ingin waktu henti tanpamu

Dirimu menyalahkan sebuah erti
Tapi diriku masih terhenti di sini
Dan jalanku masih belum dapat ku pasti
Namun diriku masih terhenti di sini

Andai kau dapat memahami
Bahawa ku menangung semua ini
Bukan niatku ingin kau pergi
kerna ku masih terhenti di sini

Dirimu menyalahkan sebuah erti
Tapi diriku masih terhenti di sini
Dan jalanku masih belum dapat ku pasti
Namun diriku masih terhenti di sini

Tiada daya untuk ku lakukannya
Kau tiba, di waktu ku masih punyai cinta
Tiada daya untuk ku lakukannya
Kau tiba, di waktu ku masih punyai cinta

Dirimu menyalahkan sebuah erti
Tapi diriku masih terhenti di sini
Dan jalanku masih belum dapat ku pasti
Namun diriku masih terhenti di sini

Tiada daya untuk ku lakukannya
Kau tiba, di waktu ku masih punyai cinta
Tiada daya untuk ku lakukannya
Kau tiba, di waktu ku masih punyai cinta

Lirik Lagu Terhenti Di Sini Asfan @ Lirikami

Tuesday, June 7, 2011

Bilanya dtg kebahagiaan itu???

Ya Allah jelesnyer aku melihat orang lain bahagia..bahagia di samping keluarga tersayang, bahagia di samping adik-beradik, bahagia di samping orang tersayang, bahagia di samping rakan2 tapi aku??bila agaknye akan merasa bahagia seperti orang lain???

aku rasa sunyi sekali...aku rindukan kebahagiaan yang aku pernah rasa dulu..rindu sangat2..tak tertanggung rasa beban dijiwa ini...aku rindukan masa yang lalu...rindukan DIA, rindukan umi dan ayah, rindukan adik-beradik, rindukan kak Ida yang dlu, rindukan kawan2 aku...

Kenapa sekarang aku rasa sunyi sekali, kalu ader masalah takde tempat untuk mengadu, xde tempat untuk aku share bersama....kalu dulu aku ade kak Ida...tp sekarang die dah lain..sejak ktorg duk jauh mcm ktorg xsaling memahami mcm dlu...

bukan aku xde adk..aku ade adk pmpn due orang tapi....xpernah pun aku share ngn dorg
dorg sibuk dengan bf dorg masing2...kwn2?aku ade kwn tapi macam xde kwn...aku ingt bile duk umah sewa sme2 kami akan rapat smp bl2 even dah xduk sme..tp same je..lau x org kol atau msg xdela...senyap mcmtu je...

Apela nasibkan?mungkin Allah sengaja menduga aku dengan semua ni..mungkin aku lalai dengan tanggungjawab aku...Ya Allah tabahkanlah hatiku, kuatkanla semangatku untuk menempuh dugaanMU ini, tunjukkanla aku jln yg benar. Hanya kepadaMU tempat aku memohon dan mengadu....Amin....

Friday, June 3, 2011

Tip-tips untuk temuduga


Sebelum temuduga

1. Dapatkan pelbagai maklumat tentang organisasi berkenaan dan membiasakan diri dengan visi, misi, aktiviti-aktiviti utama serta prestasi kewangannya. Ini adalah penting untuk menunjukkan anda benar-benar berminat untuk menyandang jawatan yand dipohon itu. Maklumat yang diperoleh itu boleh membantu anda menjawab sebarang soalan secara tepat dan betul.

2. Bersedia untuk jawab dan tanya soalan.

3. Hendaklah memakai pakaian yang bersesuaian dan kemas.

Semasa temuduga

1. Tiba awal, sekurang2nya 30 minit awal supaya anda tidak kelam kabut kerana terlambat.

2. Ketuk pintu sebelum masuk dan beri salam kepada panel.

3. Tumpukan perhatian semasa ditanya oleh panel dan jawab dengan jawapan yang bernas.

4. Sekiranya ada keraguan atau tidak faham soalan minta penjelasan.

5. Yakin pada diri sendiri, bersikap terbuka dan jujur serta atasi sikap malu anda.

6. Ucapkan terima kasih kepada panel pada sesi akhir...

Harap2 tips ni dapat membantu rakan2 yang akan hadapi temuduga dan pada diri saya sendiri yang akan menghadiri temuduga pada isnin nie...nervous sangat2 sebab this is my first interview. Sy harap sgt semua berjalan dengan lancar...tlong doakan sy yea...huhu....

Thursday, May 19, 2011

Cutenyerrrrrrrrr!!!!





Alololo tomeinyer kucing nie..geram nakk cubbbiittttt :))

20 MEI 2011


Allah selamatkan ayah,Allah selamatkan ayah, Allah selamatkan ayah.....,Allah selamatkan Ayah.....Selamat Hari lahir Ayah..Semoga panjang umur n dimurahkan rezeki...Kakak sygkn ayah... :)

Cadang nk wat suprise kt ayah n umi mlm ni sempena besday ayah n ari ibu aritu...hope sgtla menjadi....T update lg post nie :)

Update...
Alhamdulilah semua yang dirancang menjadi...Ayah sgt2 terkejut n happy...hihi....

Ohh tidak parut :(


Paling takot kalu ader parut dimukakn??itula yang sedang aku alami sekarang...ader terbaca petua hlangkan parut..petua die ialah guna daun lidah buaya..

Cara2nya :
1. Ambil daun lidah buaya, buang duri di kiri dan kanan daun.
2. Kemudian buang sedikit kulit daun tersebut untuk mendapatkan lendirnya.
3. Sapu lendir daun lidah buaya tersebut pada parut di muka atau badan.

Lakukannya selalu terutama pada luka/parut yang masih baru...insyaAllah ianya akan hilang...Jangan tunggu parut sudah hitam br nk cr daun lidah buaya ;)...Harap sangat parut kat muka aku ni cepat surut..seganla nk interview muka berparut...huhu...Selamat mencuba kepada rakan2 yng lain :)

Hal lame2


Mari2 semua dengar ini cerita, pada suatu ketika dahulu. Semasa aku sedang melanjutkan pelajaran ke universiti, aku telah berkenalan dengan seseorg nmenyer S.S ni sebenarnya member skolah dlu time tingkatan 4&5 tapi xpernah pun borak ke ape...kenal name ngn rupe je...xsangke plak ditemukan kt U...Semuanyer bermula dengan K(classmate)..time tu ktorg nk kebndr segamat tuk cr bahan assgmnt MGT..xsilap aku time tu p2..Pas da g cari bahan tu, time balik tetiba K kate die tersempak ngn member die..aku tnyer yg mne satu?..die pun tunjuk S..Laaa member satu skolah kot...ko kim salamlah kt S ea..Sejak aku kim salam aritu,tetiba K tnyer aku,, "weh S minta no hp ko.bleh x aku bg?" aku pkir dlu...pe salahnyer lau aku bg..lgpun member satu skolah kot..then aku pun ckp kt K.."ko bglah no aku kt die..g pun die member skola aku"....

Sejak daripada tu ktorg slalu sms..mcm2la borak tak ingt da isinyer ape..tp die ade luahkan perasaan die kat aku..aku tnyer die sejak bler ko ade ati ngn aku sbb kt xpenah borak atau lepak sme2?...die kate aku stat sukekn ko bler time SPM..masa tu ko tersesat masuk kelas aku...aku tgk ko diam jer...tu yang tersuka tue...(Haish masa tu kembang kempisla idung aku...haha) sweet x die??syg skali nie semua tinggal kenangan....huhu

Semakin ary kami semakin rapat...aku senang berkwn ngn S nie..dengan die aku xperlu hipokrit..aku bebas jd diri aku yg sebenar...N die sgt care pasal aku...aku ingat lg masa tu p4, aku dpt panggilan yang atuk aku da meninggal..die sanggup antr aku ke terengganu tp aku kate xpela sepupu aku nk amek..then die ucap takziah lau ade pape btau die...senang cter die ni seorang lelaki yang sangat baekla..untung klu dpt die..huhu

Tapi semua ni tinggal kenangan...sebab semua ni salah diri aku sendiri..sebab aku ego n aku keliru masa tu...masa aku rapat ngn die aku ade minat member baek die sendiri..tp aku xsure masa tue..sebab tiap kali aku bertemu ngn S dada aku berdebar2..aku rasa malu tp mahu berjumpa ngn die..hhuhu..mmg tangkap cintan ngn die sbnrnyr...tp Ego..xmo ngaku..hoho

Ms P5 gaduh besarla ngn die...after cuti sem tgk2 die da ader gf..waktu tu aku sedar yang aku salah n aku betul2 sygkn die..tp semua tu da terlmbat...Maybe da xde jdoh aku n die...tp aku sgt2 nyesal sbb wat die cmtu...tp aku xmainkn perasaan die..aku cume xpasti dengan perasaan aku...ble die da xde br aku sedar yang aku betul2 sygkn die...S aku betul2 minta maaf ngn ko..aku harap sgt ko maafkn aku n aku msh harapkn kita mash berkwn seperti dlu...aku xminta lebih..just berkwn je...

Aku bukan saje2 nk post kisah aku tapi ade moral storynyer...sayangla org yang syg dri kita,Terimala diri mereka seadannya, Hargaila mereka yang berada disekeliling kita, n sebelum nk wt sesuatu fikir dlu sebelum bertindak sbb terlajak perahu bleh tarik balik tapi terlajak kata susah ditarik..(betul ke ni??)kerana mulut badan binasa... :(

3 beradik lemas di hutan lipur..

Tadi baru jer tengok 999 yang menceritakan tentang 3 beradik mati lemas dekat hutan lipur...Sdey melihat si Ibu yang masih tak berputus asa mencari mayat anak k3 iaitu Nursyaza Sakinah (2). Sehingga sekarang masih belum ditemui..




Marilah kita sama2 mendoakan agar mayat NurSyaza Sakinah di temui....Salam Takziah kepada keluarga 3 beradik..semoga mereka tabah menghadapi ujian ini..Setiap yang hidup pasti akan kembali kepadaNYA....Al-Fatihah....

Tuesday, May 17, 2011

Doa untuk sakit mata




Petua sakit mata ni request dr cengkihkali...sy mungkin da terlmbt pos tuk awk...tp xpe diharapkan pos ni bermanfaat kepada mereka yang lain..sebelum tu nak cterla sket...hehe...
Cakap pasal sakit mata nie, br je exam aritu sy kene sakit mata...Ayah saya pesan basuh mata dengan air penawar atau titiskan dengan air zam2..Alhamdulilah kurang sikit..n yang paling mujarabnyer(insyaAllah) ayah sy sentiasa membaca satu doa sakit mata untuk sy...

Doa tersebut ialah

" Ya Allah, Tuhan (yang memelihara) manusia, yang menghilangkan kesusahan, sembuhkanlah, Engkaulah yang menyembuhkan tidak ada suatu penyembuhan kecuali kesembuhan-Mu, sembuh yang tidak diiringi sakit juga penderitann kecuali kesembuhan-Nya. Maka kami singkapkan daripadamu tutup yang menutupi matamu, maka penglihatanmu pada hari ini amat tajam"

Amalkan doa ini selalu dan yakin akan pertolonganNya, InsyaAllah, dengan izinNya mata kita akan sembuh.Doa ini diambil dari buku "Ikhtiar Penyembuhan Penyakit dengan ayat2 dan doa2 mustajab" penulisnya tuan guru Dato' Dr.Haron Din.

P/S kalau ader yang tersalah tlong bgtau..dan ader yang nk tambah dialu2kan.Trima ksih :)

200 followers Yeahh..


Tahniah kepada dri sendiri kerana anda sekarang telah mempunyai 200 followers..satu pencapaian yang amat memberangsangkan..pasni xmalas da nak pos...hihi...(amboi macam ape da...ingt ni exam akhir taun ka...)

Mood : Malas yang membuak..


Ya Allah xtaula nape ngan aku ni??mls bebenor nak mengupdate blog nie..ader yang blh tlong?hehe..padahal da 2,3 pos tertunggak..masih dlm proses untuk diposkan..lau akula jd posmen mesti bnyak surat yang tertunggak..adeh! @_@ hahaha...

Thursday, April 21, 2011

EXAM datang lagi!!!!


Assalamualaikum semua....
wahh dah makin ramai follower sy.Alhamdulilah...
sorry kwn2 sy da lme xupdate blog ni..
Almaklumla busy study...now nak dekat final nie....
Takot gler...hope sgt dis sem ley wat yang terbaek...
Doakan sy boley jwb dlm exam nanti yea...
t sy komen balik kepada mereka yg komen sy...
thx bnyk2... :)

Dada....wish me luck :P

Monday, January 3, 2011

Busy2 !!!

Adoi baru sehari stat blaja dah rasa letih gler...padahal xblaja pun lg..huhu...Tapi best jumpe bdak2 kelas dah lme xjumpe..ader due org baru msuk kelas..sem ni agak tough sbb ader law,ais,ibm ngn far...huhu..aku kne lagi struggle nih....Sempena taun baru nie...aku berazam :

~Nak jadi yang lebih baek dari tahun lepas
~Tak mo main2
~No last minute study ngn assgmnt
~Buat homework
~Kurangkan ponteng kelas
~study balik pas habes chapter
~wajib 3 pointer sem nie!!!
~Diet yang seimbang
~Rajin jogging
~Jadi anak yang solehah,hamba yang solehah.....
~Kakak yang baek untuk adik2
~Kawan yang baek kpd kwn2 aku
~Happy go lucky selalu
~Adik yang baek tuk kakak

Banyak jgak azam aku taun nie...huhu...apepun berharap sangat2 aku dapat tunaikan azam taun nie...wish me luck!!!Happy New Year!!!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...