Followers

Monday, June 27, 2011

Biskut bunga cornflakes


Bahan A :

125 gram mentega
50 gram gula halus
1 biji telur
1 sudu besar susu pekat manis

Bahan B :

200 gram tepung gandum
50 gram tepung jagung
50 gram cornflakes (dikisar)

Hiasan :

Kepingan mangkuk kertas
kepingan cornflakes

Cara membuat :
1. Sebatikan bahan A
2. Masukkan bahan B dan gaul hingga sebati
3. Sudukan adunan ke dalam mangkuk kertas. Dihias dengan beberapa kepingan cornflakes agar kelihatan seperti kelopak bunga
4. Bakar sehingga masak dengan suhu 180 darjah celcius lebih kurang 20 minit...

Selamat mencuba :)...saya dah cuba.hasilnya gambar diatas.... :))

Saturday, June 25, 2011

Murni Time!!

Burppp!! alhamdulilah kenyang sangat makan malam nie..Ijo (a.k.a bakal adk ipar) bawak kami adk beradik + maksu g makan kt Murni Discovery....Kedai boley tahan grand tp xdela grand sangat.. Owner die china muslim...Ramai pengunjung restoran Murni..Makanan dan minuman die boley tahan sedap dan banyak...Lastly enjoy da pic :))



Nasi goreng black paperoni

ade bnyk gmbr lg...t update smula...

Shawl & Inner


Inner Cotton
Sehelai RM5 (excluding postage)




Shawl Kedut (cotton)
Sehelai RM15 + Inner RM18 (Excluding postage)






Shawl corak bunga (cotton)
sehelai RM 20 + Inner RM23 (excluding postage)

Sesiapa yang berminat boley email saya Farami_89@yahoo.com ataupun comment disini...

Friday, June 24, 2011

Sepah the winner :)


Akhirnye keputusan siapakah pemenang maharajalawak telah pun diketahui..Tahniah sepah kerana menjadi juara maharajalawak..Sepah memang terbaek n diharapkan sepah terus sukses...Sedikit kecewa sbb ingtkan Jozan juara maharajalawak...tapi xpe even jozan naib juara,jozan tetap juara dihatiku...hehe love jozan :)

Monday, June 13, 2011

penganggur terbaek !!

sy dengan ini mengishtiharkan menjadi seorang penanam anggur yang berjaya!!!!...adess sampai skrg xdpt keje....huhu...cmne ni??duk umah jela jawabnyer...

Thursday, June 9, 2011

Resepi Mee Rojak


Bahan-Bahan :

1 bungkus mee kuning yang kecil
1/2 biji timun
Tauhu goreng
kentang goreng
Telur Rebus dan digoreng

Daun Salad
Tauge

Kuah Rojak

1/2 cawan kacang tanah
2 sudu besar cili kisar( kalau xnk pedas boley kurangkan sedikit mengikut citarasa masing2)
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
2 ketul keledek direbus
1 keping gula nisan / gula terpulang pada korang nak gne gula atau nisan
garam secukup rasa

Jemput2

2 cawan tepung gandum
1 biji telur
1 sudu kecil baking powder
sedikit kunyit serbuk
garam secukup rasa
sedikit air

Cara-Cara menyediakan

1. Panaskan minyak dan tumis bawang merah, bawang putih yang telah dikisar dan cili kisar sehingga naik bau.
2. Kemudian masukkan ubi keledek dan kacang yang telah dikisar tadi...masukkan air 1 gelas dan letak nisan dan garam secukup rasa...
3. Untuk jemput2 satukan semua bahan dan goreng dengan minyak panas
setelah siap potong bahan2 yang lain dan sedia untuk dihidang... :)

Ni resepi kedua yang aku cuba lepas buat kek...pasni nk try buat ape yea????hihi selamat mencuba yea...

Wednesday, June 8, 2011

Resepi Kek Coklat Lembap


Bahan-bahan :

190gm mentega
300gm gula halus (lau xmo manis sgt ley kurangkan sket ikut citarasa masing2)
4 biji telur
1/2 sudu besar vanila
210gm tepung gandum
50gm serbuk koko
1/4 sudu besar soda bikarbonat
1 sudu besar serbuk penaik
250gm air

Cara menyediakan

1. Pukul mentega dan gula halus hingga kembang
2. Masukkan telur satu persatu dan vanila. Pukul lagi.
3. Masukkan tepung, koko, soda bikarbonat dan serbuk penaik yang telah diayak tadi kedalam
adunan.
4. Kemudian masukkan air berselang seli dengan bahan yang telah diayak tadi. Kacau dengan
sebati.
5. Masukkan adunan ke dalam loyang dan bakar selama 1 jam pada suhu 180 darjah celcius...


Selamat mencuba....First time aku cube resepi ni alhamdulilah berhasil...tapi xcantik sgt sbb xcukup bahan tuk hias...pandai2la korang hias kek tu bg lagi cantik...gud luck :))

jangan jaga tepi kain orang!!!

Ya Allah!! ape nak jadi dengan manusia sekarang????suke sangat jaga tepi kain orang...suke sangat bukak aib orang??ape yang korang dapat dengan memalukan orang???dapat dosa lagi adela...kita sebagai orang islam hendaklah menutupi aib orang...Di dalam satu hadis ade mengatakan
" Barangsiapa yang menutup aib orang, maka Allah akan menutup aib kita di akhirat kelak"

( Shahih Sunan Ibn Majah, hadis 2078)

Dalam dunia ni xde yang perfect sebb manusia takkan pernah lari dari melakukan kesilapan..daripada kita mengaibkan orang,mengumpat orang, apa kata kita memberi dorongan, memberi semangat kepada mereka yang pernah melakukan kesilapan...sebelum mengata orang, hendaklah kita muhasabah diri....adakah kita sudah cukup bgus untuk mengata orang? adakah kita ini tidak pernah melakukan kesilapan? tepuk dada tanya selera....

Aku xsukala orang yang macam nie??aku bukan nk kutuk atau ape, mungkin aku sendiri pernah melakukan hal sebegini, tapi aku cube kurangkan...so aku nak ingatkan balik pada diri aku sendiri n pada mereka yang ske bukak aib orang nie....bawak2 bertaubatla...janganla ingat diri kita ni da cukup baek nak judge orang....Ingatla hanya Allah yang berhak menentukan semua ini...ok???
Marila kita sama2 elakkan dari membuka aib orang, mengumpat orang dan perkara2 yang dilarang oleh Allah S.W.T.....Amin.... :))

Maharaja Lawak 10


what???Jozan bottom 3???biar betik??aku rasa antara yang the best sepah n jozan...cmne ley jd bottom 3?tgk jambu ntah pape...duk aaaaaa aaaaa..sakit telinga mendengarnyer...papepun seb baek xde penyingkirankan???aku rase nabil kot patut keluar next ML...huhuhu....lawak yang bosan....huhu...xpela same2 kita sksikan siapakah yang menjuarai ML taun ni......wish all da best to Sepah and Jozan...terbaekkk rrrrrr!!!!

Review Asmara 2


Frust gler tgk ending Asmara 2..Ingatkan akhir sekali Asmara dengan Zahlia...Punyerla nak tgk sangat cter Asmara tu dengan harapan dorg bersama akhirnya tapi tak...Asmara dengan Melati...Melati selamat melahirkan anak..Manakala Ferhad telah mati ditembak polis..Zahlia plak ke UK bersama Tria...mcmtu jela ending die...Hope sgt nanti ader Asmara the movie ke??teringin nk tgk ending yang best....huhu..bley plak mcm tu kan??Ape pun keseluruhan cte Asmara 2 best cume ending jela spoil...huhu....

Jom layan lagu Andai Itu TakdirMu (OST Asmara)

Sinar mata hilang indah sinar
Bagai mengerti rasa
Dan suara
Pergi madah cinta
Namun apaku daya

Chorus
Andai itu takdirmu
Ku dakap redha
Hingga membawa dia
Ke syurga dengan yang Esa
Di sini kan ku
Ku mohon padamu
Doa kau selalu ku setulus kalbu
Ku serah segala padamu
Harapanku satu
Bisa adanya waktu

Berbicara tentang kisah kita
Tercipta penuh makna
Ku terima mungkin akhirnya
Jalani hidup kita

Ulang Chorus

Ku sujud atas kasihmu
Beri petunjuk untukku
Ku percaya
Untuk terus berharap sehingga ku mampu

Di sini kan ku
Ku mohon padamu
Doa kau selalu ku setulus kalbu
Ku serah segala padamu
Harapanku satu
Ada waktu

Ku serah segala padamu
Harapanku satu
Bisa ada kau waktu
Andai itu takdirmu

Terhenti Disini


Sedangku membaca wajahmu
Senyumanmu menggambarkan sesuatu
Jika kau fahami isi hatiku
Ku tak ingin waktu henti tanpamu

Dirimu menyalahkan sebuah erti
Tapi diriku masih terhenti di sini
Dan jalanku masih belum dapat ku pasti
Namun diriku masih terhenti di sini

Andai kau dapat memahami
Bahawa ku menangung semua ini
Bukan niatku ingin kau pergi
kerna ku masih terhenti di sini

Dirimu menyalahkan sebuah erti
Tapi diriku masih terhenti di sini
Dan jalanku masih belum dapat ku pasti
Namun diriku masih terhenti di sini

Tiada daya untuk ku lakukannya
Kau tiba, di waktu ku masih punyai cinta
Tiada daya untuk ku lakukannya
Kau tiba, di waktu ku masih punyai cinta

Dirimu menyalahkan sebuah erti
Tapi diriku masih terhenti di sini
Dan jalanku masih belum dapat ku pasti
Namun diriku masih terhenti di sini

Tiada daya untuk ku lakukannya
Kau tiba, di waktu ku masih punyai cinta
Tiada daya untuk ku lakukannya
Kau tiba, di waktu ku masih punyai cinta

Lirik Lagu Terhenti Di Sini Asfan @ Lirikami

Tuesday, June 7, 2011

Bilanya dtg kebahagiaan itu???

Ya Allah jelesnyer aku melihat orang lain bahagia..bahagia di samping keluarga tersayang, bahagia di samping adik-beradik, bahagia di samping orang tersayang, bahagia di samping rakan2 tapi aku??bila agaknye akan merasa bahagia seperti orang lain???

aku rasa sunyi sekali...aku rindukan kebahagiaan yang aku pernah rasa dulu..rindu sangat2..tak tertanggung rasa beban dijiwa ini...aku rindukan masa yang lalu...rindukan DIA, rindukan umi dan ayah, rindukan adik-beradik, rindukan kak Ida yang dlu, rindukan kawan2 aku...

Kenapa sekarang aku rasa sunyi sekali, kalu ader masalah takde tempat untuk mengadu, xde tempat untuk aku share bersama....kalu dulu aku ade kak Ida...tp sekarang die dah lain..sejak ktorg duk jauh mcm ktorg xsaling memahami mcm dlu...

bukan aku xde adk..aku ade adk pmpn due orang tapi....xpernah pun aku share ngn dorg
dorg sibuk dengan bf dorg masing2...kwn2?aku ade kwn tapi macam xde kwn...aku ingt bile duk umah sewa sme2 kami akan rapat smp bl2 even dah xduk sme..tp same je..lau x org kol atau msg xdela...senyap mcmtu je...

Apela nasibkan?mungkin Allah sengaja menduga aku dengan semua ni..mungkin aku lalai dengan tanggungjawab aku...Ya Allah tabahkanlah hatiku, kuatkanla semangatku untuk menempuh dugaanMU ini, tunjukkanla aku jln yg benar. Hanya kepadaMU tempat aku memohon dan mengadu....Amin....

Friday, June 3, 2011

Tip-tips untuk temuduga


Sebelum temuduga

1. Dapatkan pelbagai maklumat tentang organisasi berkenaan dan membiasakan diri dengan visi, misi, aktiviti-aktiviti utama serta prestasi kewangannya. Ini adalah penting untuk menunjukkan anda benar-benar berminat untuk menyandang jawatan yand dipohon itu. Maklumat yang diperoleh itu boleh membantu anda menjawab sebarang soalan secara tepat dan betul.

2. Bersedia untuk jawab dan tanya soalan.

3. Hendaklah memakai pakaian yang bersesuaian dan kemas.

Semasa temuduga

1. Tiba awal, sekurang2nya 30 minit awal supaya anda tidak kelam kabut kerana terlambat.

2. Ketuk pintu sebelum masuk dan beri salam kepada panel.

3. Tumpukan perhatian semasa ditanya oleh panel dan jawab dengan jawapan yang bernas.

4. Sekiranya ada keraguan atau tidak faham soalan minta penjelasan.

5. Yakin pada diri sendiri, bersikap terbuka dan jujur serta atasi sikap malu anda.

6. Ucapkan terima kasih kepada panel pada sesi akhir...

Harap2 tips ni dapat membantu rakan2 yang akan hadapi temuduga dan pada diri saya sendiri yang akan menghadiri temuduga pada isnin nie...nervous sangat2 sebab this is my first interview. Sy harap sgt semua berjalan dengan lancar...tlong doakan sy yea...huhu....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...