Tanda-tanda  penyakit gastrik:
- Kerap sakit kepala di bahagian kanan      kepala terutama apabila perut kosong atau lewat makan nasi.
 - Sakit kepala ini  kadang-kadang      diikuti dengan perasaan loya atau mual dan sebu perut dan hilang  selera      untuk makan. Kadang-kadang simptom ini dialami tanpa sakit kepala.
 - Demam yang saya  panggil demam gastrik      apabila selalu miss makan pagi, tengahari atau malam.
 - Muntah  kadang-kadang berwarna kuning      dan kadang-kadang ada darah dalam muntah atau darah beku bergumpal.
 - Sakit perut yang  kadang kala teramat      sakit.
 - Keluar angin dari mulut macam sendawa terutama apabila bahagian tertentu badan digosok atau diurut.
 
Rawatan  penyakit gastrik:
- Pastikan mulai sekarang, waktu makan adalah mengikut disiplin waktu yang ketat contoh setiap hari makan tengahari pukul 1.00 tgh plus minus 15 minit.
 - Pastikan bila makan  nasi (tenghari dan malam) selepasnya minum air suam bukan air manis atau  air batu. Pastikan juga minum hanya sesudah makan bukan berulamkan  minum!!
 - Elakkan makanan junk food, jeruk      kering seperti asam boi dan jeruk basah dan juga mee segera.
 - Elakkan nescafe,  kopi, teh, minuman      bergas,  sunquick dalam botol,      orange squash, air limau
 - Jikalau peringkat  gastrik berat,      elakkan segala makanan mengandungi yeast seperti roti, donat, pau,  piza      dll
 - Elakkan makan terlalu kenyang
 - Elakkan cuka,  makanan yang pedas
 - Elakkan atau kurangkan daging dan      ayam.
 - Elakkan makanan ubi, pulut, keledek,      kentang, pisang nangka, pisang tanduk, cempedak / nangka, rebung,  dan      makanan lain yang menyebabkan kembung perut atau banyak angin dan  sendawa.
 - Elakkan sama sekali dari mengambil      sebarang ubat dari doktor dan klinik bagi rawatan gastrik seperti  milk of      magnesia dsb kerana ia akan merumitkan lagi gastrik.
 - Minum susu segar  atau susu tepung      full cream (bukan HL atau low fat atau annelene) pada awal pagi  (6.30      pagi), 10.00 pagi, 4.00 ptg dan 9.30 malam setiap hari sehingga      benar-benar sembuh.
 - Kalau sakit perut teramat sangat, muntah atau demam, ambil secekak pucuk jambu batu, rebus dengan 3 sudu ketumbar, rebus dengan 3 gelas air dan masak hingga menjadi 1 gelas. Bahagikan air ini kepada 3 bahagian, minum 1 bahagian air rebusan ini tiga kali setiap 4 jam.
 
No comments:
Post a Comment