Followers

Saturday, June 26, 2010

Taubat


Indahnya taubat....
Sebelum terlambat...
Bila mentari terbit dari barat...
Bila malaikat maut menjemput kita.....

sedarlah wahai umat manusia..
dunia ini hanyalah sementara..
hanyalah tempat persinggahan..
yang kekal abadi cuma hari akhirat..

Dimana amalan kita dihisab..
yang akan menentukan kita
sama ada syurga atau neraka
cume amalan yang membantu kita..

Adakah sudah cukup amalan kita selama ini???
sudah bersediakah kita sekiranya dijemput Ilahi???
sudah bersediakah kita malam pertama dialam barzakh???
kerana maut tidak kenal yang tua mahu pun muda....

marilah kita sama2 beristighfar..
bersama2 bertaubat kepada Allah S.W.T
Tinggalkan segala maksiat..
Tingkatkan ibadah kepada Allah S.W.T

Sesungguhnyer Allah itu maha pengampun..
terhadap hamba2nya..
bertaubatlah kita sebelum terlambat....
Selagi pintu taubat masih terbuka luas....

Kawan2 marilah kite merenung sejenak..mungkin kite alpa,bahawasanya satu hari nanti kita akan mati..seluruh umat akan mati..Yakni satu perkara yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T..Bile dan bagaimana kita tidak tahu kerana ianya telah menjadi rahsia Allah S.W.T...melihat kepada keadaan dunia sekarang yang semakin tue,yang semakin banyak tanda kiamat,marilah sama2 kita insaf..kita mengingati kembali asal usul kita..Jikalau kita masih banyak melakukan dosa,bertaubatlah segera kepada Allah S.W.T...Beristighfar...kerana Allah sangat menyukai hambanya yg bertaubat dan berjanji tidak akan mengulangi kesalahan tersebut...bertaubatla kita selagi mana pintu taubat masih luas terbentang..sebelum ianya tertutup rapat....

Sabda Nabi SAW :
" Bersegeralah melakukan amal2 soleh sebelum berlakunya enam perkara,iaitu(antaranya) sebelum terbitnya matahari dari barat...."
(riwayat muslim)

Sabda Nabi SAW yang bermaksud :
"Bahawasanya Allah SWT yang Maha Mulia lagi Maha Besar menerima ia akan taubat selama belum sampai rohnya kepada halkumnya."
(riwayat Imam At-Tirmizi)

Diharapkan Entry ini memberi manfaat dan peringatan kepada saya dan kita semua...Amin....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...