1. Hamster yang baru dibeli
Seperti kebanyakan binatang ternakan lain seperti kucing dan sebagainya, hamster adalah binatang yang prihatin terhadap persekitarannya. Ini bermakna, ia akan mengambil masa untuk menyesuaikan diri dengan pemilik dan keadaan tempat baru. Walaupun jika dilepaskan ia kelihatan seperti mahu melarikan diri, hamster adalah binatang yang dikategorikan dalam senarai binatang ternakan jinak. Pada peringkat awalnya juga, sukar untuk menyuapkan makanan kepada hamster tetapi lama kelamaan keadaan akan berubah.
Sewaktu hamster di dalam sangkar, jangan memandai mandai untuk hulurkan jari anda jika hamster tersebut masih belum biasa dengan anda kerana kemungkinan hamster tersebut menyangkakan bahaya dan bertindak kasar dengan mencakar atau menggigit (sesetengah gigitan hamster boleh membawa luka). Jika mahu memegang hamster, belajar cara memegang dengan betul iaitu satu tangan anda menjadi tempat ia berpijak dan satu lagi tangan anda mengusap di belakangnya.
2. Tempat tinggal
Selalunya, hamster yang pertama kali dibeli akan datang sekali dengan sangkar tempat tinggal. Pertimbangkan saiz tempat tinggal bergantung kepada berapa banyak bilangan hamster yang ingin dibela.
Harganya pula berlainan mengikut saiz serta perkakasan lain yang datang sekali dengan tempat tinggal. Tempat tinggal ini juga harus disediakan ruang pengudaraan yang secukupnya, tempat tidur (bedding) yang dibuat daripada habuk kayu serta tempat menyimpan makanan dan minuman. Jangan lupa untuk menyediakan bahan bahan permainan seperti roda berpusing, sudu plastik dan sebagainya kerana telatah hamster yang suka untuk bermain.
3. Makanan dan minuman
Makanan yang paling umum dan sesuai diberi kepada hamster adalah bijjian kering proses (selalunya diimport) berserta makanan tambahan lain seperti kuaci, kekacang serta makanan proses yang telah dibungkus. Sekali sekala, anda juga boleh menukar selera dengan memberi diet yang lain seperti epal, lobak merah dan pisang dengan syarat anda membuat pemerhatian jika hamster anda menyukainya atau tidak. Pemberian makanan yang basah juga tidak boleh terlalu kerap kerana ia boleh mengganggu sistem penghadaman hamster.
Sesetengah hamster yang bersifat ‘malu’ akan dilihat ‘memakan’ dengan begitu cepat dan berlalu ke tempat persembunyiannya. Sebenarnya, ia tidak makan kesemua makanan tersebut. Sebaliknya, makanan tersebut hanya disimpan di sekitar lehernya buat sementara, dan kemudian dikeluarkan semula di tempat ‘persembunyiannya’. Selepas itu baru makanan tersebut akan dimakan sedikit demi sedikit. Untuk minuman, pastikan botol airnya mencukupi dan jika perlu, tambahkan air (air boleh jadi air kosong atau campuran air dan cecari vitamin yang dibeli di kedai).
4. Kebersihan
Kebersihan perlu dijaga kerana jika tidak, bau yang tidak menyenangkan akan mengganggu hidup anda. Bau ini datangnya samaada dari sisa makanan, najis dan air kencing hamster yang telah lama. Jadi, luangkan masa untuk menukar bedding hamster anda sekali atau dua kali seminggu. Anda juga boleh memandikan hamster anda sedikit dengan melakukannya dengan cermat dan berhati hati. Pastikan tempat tinggal hamster anda sentiasa bersih dan kering.
4. Melahirkan anak
Antara tanda tanda hamster bakal melahirkan anak adalah perut yang membesar serta tahap keaktifannya yang meningkat. Ia juga akan kelihatan mundar mandir di dalam sangkar seolah olah mahu keluar. Setelah kelahiran anak (setiap kelahiran mungkin melibatkan satu, dua atau beberapa ekor anak), pisahkan hamster jantan (bapa) dan biarkan si ibu bersama sama anak anaknya sehingga mereka sudah boleh berdikari tanpa bantuan daripada si ibu.
No comments:
Post a Comment