Friday, June 3, 2011
Tip-tips untuk temuduga
Sebelum temuduga
1. Dapatkan pelbagai maklumat tentang organisasi berkenaan dan membiasakan diri dengan visi, misi, aktiviti-aktiviti utama serta prestasi kewangannya. Ini adalah penting untuk menunjukkan anda benar-benar berminat untuk menyandang jawatan yand dipohon itu. Maklumat yang diperoleh itu boleh membantu anda menjawab sebarang soalan secara tepat dan betul.
2. Bersedia untuk jawab dan tanya soalan.
3. Hendaklah memakai pakaian yang bersesuaian dan kemas.
Semasa temuduga
1. Tiba awal, sekurang2nya 30 minit awal supaya anda tidak kelam kabut kerana terlambat.
2. Ketuk pintu sebelum masuk dan beri salam kepada panel.
3. Tumpukan perhatian semasa ditanya oleh panel dan jawab dengan jawapan yang bernas.
4. Sekiranya ada keraguan atau tidak faham soalan minta penjelasan.
5. Yakin pada diri sendiri, bersikap terbuka dan jujur serta atasi sikap malu anda.
6. Ucapkan terima kasih kepada panel pada sesi akhir...
Harap2 tips ni dapat membantu rakan2 yang akan hadapi temuduga dan pada diri saya sendiri yang akan menghadiri temuduga pada isnin nie...nervous sangat2 sebab this is my first interview. Sy harap sgt semua berjalan dengan lancar...tlong doakan sy yea...huhu....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment